Tira J.
Wednesday, 6 March 2013
Sunday, 23 September 2012
KOTA MARUDU
PERLANCONGAN DI KOTA MARUDU
TAMAN SERINSIM
Serinsim adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Marudu. Sub Stesen Serinsim pula terletak di kampung ini. Sub Stesen ini terletak di paras ketinggian 192meter di atas paras laut. Taman kinabalu. Sub Stesen Serinsim 38km daripada Kota Marudu terletak di antara dua sungai iaitu Sungai Serinsim dan sungai Kinarom. Vegetasi hutan terdiri daripada hutan sekunder tanah rendah kerana bekas terbakar akibat kemarau yang melanda negeri Sabah pada tahun 1997. Sebahagian kawasan Sub Stesen Serinsim pernah dibuka untuk tujuan pertanian oleh penduduk kampung Serinsim sebelum diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah pada tahun 1992.
Taman-Taman Sabah telah menyediakan asrama dan tapak perkhemahan untuk kemudahan pelancong yang ingin menikmati keunikan semulajadi dan mengetahui sejarah Serinsim. Kebun Rusa serinsim telah diwujudkan sebagai satu strategi konservasi dengan pendekatan ex-situ, merupakan tambahan kepada tarikan semulajadi Sub stesen serinsim selain tarikan utamanya seperti Gunung Nombuyukong setinggi 1,475meter, Gua Kelawar, Air Terjun Misumpak, Makam Si-Gunting dan dua batang sungai (Sg.Serinsim dan Sg.Kinarom) yang sangat menarik kerana sesuai untuk beriadah dan bermandi manda.
Kemudahan lain yang baru diwujudkan untuk menampung keperluan pelancong yang semakin bertambah adalah beberapa buah Chalet dan Restauran. Dengan adanya kemudahan seperti ini akan memudahkan pelancong untuk bermalam bagi menikmati keunikan semulajadi di Sub Stesen Serinsim. Selamat meninjau gambar-gambar suasana di Sub Stesen Serinsim.
Chalet untuk disewa pada kadar rm300 semalam
Chalet ini mempunyai 3 buah bilik tidur, lengkap dengan bilik air, ruang tamu dan dapur...dapur pula lengkap dengan peralatan memasak.pengunjung hanya perlu membawa bahan makanan untuk dimasak.
Gunung Nambukong - gunung ke 3 tertinggi di Sabah
Kawasan di sekitar taman serinsim
antara binatang yang anda boleh lihat di serinsim
air terjun yang paling terkenal di Kota Marudu adalah air terjun serinsim. Promosi yang giat dijalankan oleh banyak pihak turut menyumbang kepada populariti air terjun ini di Sabah serta di seluruh dunia. Mungkin Air terjun ini terletak dalam area Stesen Kinabalu Park yang sesuai dijadikan tempat pelancongan.
* saya pun belum pernah pigi ne tempat nama ja anak marudu. hehe..dorg bilang cantik.. nanti kita camping ramai2 kio??*
KOTA MARUDU
Tasik Buyut terletak dalam daerah Kota Marudu di utara negeri Sabah dan kini merupakan sebuah Pusat Penternakan Ikan Air Tawar dan di bawah seliaan Jabatan Perikanan Sabah, cawangan Kota Marudu. Kewujudannya seakan dilupakan dan hanya berdiri sebagai sebuah tasik untuk tujuan penyelidikan dan penternakan semata-mata.Kewujudan Tasik Buyut dikaitkan dengan sikap segelintir manusia yang alpa dengan keseronokan dan kemewahan dunia lantas melaksanakan sesuatu perkara secara melampaui batas sehingga menyimpang dari landasan yang sepatutnya dilalui. Akhirnya ketelanjuran tersebut mengundang kutukan dari maha pencipta dengan menurunkan bala untuk menghapuskan manusia yang melampaui batas itu sambil memberi pengajaran kepada yang lain.
Oleh : Hanafiah MZ,
Namanya tidak sehebat Tasik Chini di Pahang yang sinonim dengan kisah naga yang mendiami tasik tersebut.Jauh sekali jika dibandingkan dengan kehebatan Tasik Malaya atau Tangkuban Perahu di Indonesia. Malahan sebahagian penduduk negeri di bawah bayu tidak menyedari kewujudan tasik ini. Namun Tasik Buyut tetap berdiri sendiri menyulam cerita ketelanjuran manusia yang dibuai nikmat dunia hingga menyimpang dari amalan hidup seharian.
Kewujudan Tasik Buyut dikaitkan dengan sikap segelintir manusia yang alpa dengan keseronokan dan kemewahan dunia lantas melaksanakan sesuatu perkara secara melampaui batas sehingga menyimpang dari landasan yang sepatutnya dilalui. Akhirnya ketelanjuran tersebut mengundang kutukan dari maha pencipta dengan menurunkan bala untuk menghapuskan manusia yang melampaui batas itu sambil memberi pengajaran kepada yang lain.
Kisahnya bermula disebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Bogaya kira-kira 500 tahun lampau. Kampung ini dihuni oleh suku Mandungus yang hidup sebagai petani. Sudah menjadi kebiasan suku Mandungus apabila tanaman mengeluarkan hasil yang berlipat ganda diraikan dalam satu majlis yang meriah melibatkan seluruh penduduk kampung. Secara kebetulan penduduk Kampung Bogaya tinggal dalam Rumah Panjang yang suku ini kenali sebagai“Binatang”.Majlis keramaian yang dijalankan disulami dengan paluan gong dan kulintangan sambil dimeriahkan dengan kumpulan penari yang menggayakan tarian mongigol danmangandak.Acara minum tapai merancakkan lagi majlis tersebut. Akibat telalu banyak minum tapai, para penari semakin mabuk. Langkah tari semakin perlahan dan akhirnya terkulai layu menyembah lantai. Mahu tidak mahu mereka terpaksa mencari penari baru yang lebih mantap gerak tarinya.
Salah seorang yang hadir menyarankan supaya beruk dan kucing mengambil alih peranan sebagai penari. Cadangan itu disetujui oleh yang lain. Lantas mereka bertungkus lumus mengandam kedua ekor haiwan tersebut supaya kelihatan anggun. Ternyata bakat mengandam suku Mandungus sememangnya hebat. Aksesori yang dipakai oleh kedua ekor haiwan tersebut tidak ubah seperti penari sebenarnya
Tanpa membuang masa ,mereka memapah haiwan-haiwan tersebut menari. Pada mulanya agak susah juga haiwan-haiwan tersebut menghayun langkah tarian mongigol. Lama–kelamaan haiwan-haiwan itu menari sendiri tanpa perlu dibimbing. Sememangnya haiwan itu telah dirasuk syaitan sehingga tidak perlu lagi dibantu oleh manusia. Kerancakan tarian kedua ekor haiwan tersebut menyemarak kemeriahan majlis itu. Manusia yang hadir ketawa berdekah-dekah melihat gelagat haiwan yang menari tanpa menyedari tindakan tersebut mengundang kemurkaan yang maha pencipta.
Langit yang pada mulanya terang – benderang tiba-tiba menjadi gelap. Hujan lebat turun mencurah-curah tanpa henti. Kilat sabung-menyabung. Guruh berdentum-dentum. Namun manusia yang tengah leka bersukaria sedikitpun tidak menghiraukan perubahan alam tersebut. Hanya seorang dua yang mula merasakan kelainan mula mengasingkan diri mencari tempat yang lebih selamat.
Setelah tiga hari tiga malam hujan turun dengan lebatnya, tanah mula menjadi lembut. Rumah panjang mula bergoyang-goyang dan mula menyusut ke bawah. Tanpa menyedari apa yang berlaku, penghuni rumah panjang terus leka bersuka ria. Apabila lantai dibasahi air, barulah sebahagian dari mereka sedar bahaya yang bakal menimpa. Namun semuanya sudah terlambat. Mereka tenggelam bersama seluruh isi rumah panjang. Setelah rumah panjang tersebut tenggelam sepenuhnya, paluan gong masih kedengaran sayup-sayup di dalam bumi. Bagi mereka yang terselamat, suatu pengajaran yang amat bernilai telah mereka perolehi pada hari tersebut iaitu melampaui batas pasti akan mendapat balasan.
Tasik Buyut terletak dalam daerah Kota Marudu di utara negeri Sabah kini merupakan sebuah Pusat Penternakan Ikan Air Tawar dan di bawah seliaan Jabatan Perikanan Sabah, cawangan Kota Marudu. Namun kisah kewujudannya seakan dilupakan dan hanya berdiri sebagai sebuah tasik untuk tujuan penyelidikan dan penternakan semata-mata.
Alangkah eloknya jika kisah kewujudan tersebut diwar-warkan dan tasik itu sendiri ditambah nilai menjadi sebuah pusat pelancongan di utara Sabah. Jalan masuk ke tasik tersebut perlu dinaik taraf supaya memudahkan pelancong menjejaki Tasik Buyut. Kemudahan berehat, ruang memancing juga boleh disediakan untuk menarik minat golongan kaki pancing. Akhirnya masyarakat setempat akan mendapat manfaatnya jika Tasik Buyut diangkat menjadi pusat pelancongan.
-copy paste dari blog suara anak marudu.. Nak tau secara terperinci tasik ne, dtg ja cne.. di kampung mangkalua saja ne ada.. ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)