Sunday, 23 September 2012

KOTA MARUDU

PERLANCONGAN DI KOTA MARUDU


TAMAN SERINSIM



Serinsim adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Marudu. Sub Stesen Serinsim pula terletak di kampung ini. Sub Stesen ini terletak di paras ketinggian 192meter di atas paras laut. Taman kinabalu. Sub Stesen Serinsim 38km daripada Kota Marudu terletak di antara dua sungai iaitu Sungai Serinsim dan sungai Kinarom. Vegetasi hutan terdiri daripada hutan sekunder tanah rendah kerana bekas terbakar akibat kemarau yang melanda negeri Sabah pada tahun 1997. Sebahagian kawasan Sub Stesen Serinsim pernah dibuka untuk tujuan pertanian oleh penduduk kampung Serinsim sebelum diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah pada tahun 1992.

Taman-Taman Sabah telah menyediakan asrama dan tapak perkhemahan untuk kemudahan pelancong yang ingin menikmati keunikan semulajadi dan mengetahui sejarah Serinsim. Kebun Rusa serinsim telah diwujudkan sebagai satu strategi konservasi dengan pendekatan ex-situ, merupakan tambahan kepada tarikan semulajadi Sub stesen serinsim selain tarikan utamanya seperti Gunung Nombuyukong setinggi 1,475meter, Gua Kelawar, Air Terjun Misumpak, Makam Si-Gunting dan dua batang sungai (Sg.Serinsim dan Sg.Kinarom) yang sangat menarik kerana sesuai untuk beriadah dan bermandi manda.
Kemudahan lain yang baru diwujudkan untuk menampung keperluan  pelancong yang semakin bertambah adalah beberapa buah Chalet dan Restauran. Dengan adanya kemudahan seperti ini akan memudahkan pelancong untuk bermalam bagi menikmati keunikan semulajadi di Sub Stesen Serinsim. Selamat meninjau gambar-gambar suasana di Sub Stesen Serinsim.




Chalet untuk disewa pada kadar rm300 semalam 

Chalet ini mempunyai 3 buah bilik tidur, lengkap dengan bilik air, ruang tamu dan dapur...dapur pula lengkap dengan peralatan memasak.pengunjung hanya perlu membawa bahan makanan untuk dimasak.


 Gunung Nambukong - gunung ke 3 tertinggi di Sabah


 Kawasan di sekitar taman serinsim




antara binatang yang anda boleh lihat di serinsim





air terjun yang paling terkenal di Kota Marudu adalah air terjun serinsim. Promosi yang giat dijalankan oleh banyak pihak turut menyumbang kepada populariti air terjun ini di Sabah serta di seluruh dunia. Mungkin Air terjun ini terletak dalam area Stesen Kinabalu Park yang sesuai dijadikan tempat pelancongan.

Air Terjun Sorinsim terletak kira-kira 40km dari pekan Kota Marudu. Dan terlekat kira-kira 131km dari Kota Kinabalu. Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan bercamping.



* saya pun belum pernah pigi ne tempat nama ja anak marudu. hehe..dorg bilang cantik.. nanti kita camping ramai2 kio??*

No comments:

Post a Comment